Jumaat, 22 Mac 2019

Resepi Choc Moist Cake

Mai hari ni kita buat choc moist. Tapi gambar setiap kali masak..tak menyempat nak photoshoot..


Resepi Chocolate Moist Cake

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu coklat dutch lady (sejuk)
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat manis

Bahan B
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecik baking powder
sudu kecik soda bikarbonat
sudu kecik serbuk vanilla

Bahan C
3 biji telur

Cara-caranya
1. Masak bahan A dengan api perlahan sehingga larut, pastu sejukkan.
2. Bahan C: Pukul telur sehingga kembang
3. Masukkan bahan A yang telah sejuk ke dalam bekas telur yang telah dipukul sehingga kembang
    tadi. Dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan bahan B ke dalam bekas tadi sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
5. Tuangkan bekas tadi ke dalam periuk NOXXA. Tekan butang steam 15 minit. Pusing tombol 
    NOXXA ke Steam.
6. Setelah timer stop 15 minit. Biarkan dalam 5-10 minit baru buka periuk. Kemudian taburkan choc 
    rice atau hiasan lain mengikut citarasa anda




Tiada ulasan:

Catat Ulasan