Jumaat, 22 Mac 2019

Resepi Choc Moist Cake

Mai hari ni kita buat choc moist. Tapi gambar setiap kali masak..tak menyempat nak photoshoot..


Resepi Chocolate Moist Cake

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu coklat dutch lady (sejuk)
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat manis

Bahan B
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecik baking powder
sudu kecik soda bikarbonat
sudu kecik serbuk vanilla

Bahan C
3 biji telur

Cara-caranya
1. Masak bahan A dengan api perlahan sehingga larut, pastu sejukkan.
2. Bahan C: Pukul telur sehingga kembang
3. Masukkan bahan A yang telah sejuk ke dalam bekas telur yang telah dipukul sehingga kembang
    tadi. Dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan bahan B ke dalam bekas tadi sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
5. Tuangkan bekas tadi ke dalam periuk NOXXA. Tekan butang steam 15 minit. Pusing tombol 
    NOXXA ke Steam.
6. Setelah timer stop 15 minit. Biarkan dalam 5-10 minit baru buka periuk. Kemudian taburkan choc 
    rice atau hiasan lain mengikut citarasa anda




Rabu, 13 Mac 2019

Bagaimana hendak redeem TM Rewards untuk membayar Unifi Bil


Hari ni saya ingin berkongsi cara-cara menebus TM Rewards untuk membayar Unifi bil. Setiap 500 points bersamaan RM5.. Mungkin ada juga rakan-rakan yang masih belum tahu atau perasan tentang TM Rewards ini.

Login ke https://unifi.com.my/personal

klik butang Login

klik register jika masih belum berdaftar


klik Redeem Now


Klik Not a member? Sign up jika masih belum berdaftar

Klik Use my rewards points


klik di radio button di atas. bagi contoh di atas. points adalah mencukupi. 500 points bersamaan RM5. jadi cuba lagi di bulan hadapan. kalau tak redeem rugi...



Resepi Kari Ikan


Bahan-bahan:
Ikan
Bawang merah dan putih dimayang
daun kari
rempah kari ikan (1 peket kecil)
1 sudu besar serbuk kunyit
bawang merah dan putih di potong dadu
santan
air asam jawa
asam keping
garam secukup rasa
kacang bendi/tomato untuk rampai

Cara-cara:
1. masukkan rempah kari dan serbuk kunyit didalam bekas
    masukkan air asam jawa
    bawang yang telah dipotong dadu
    gaul hingga mesra
2. tumis bawang dan masukkan daun kari. tumis hingga wangi
3. masukkan rempah yang digaul tadi dan masukkan sedikit pati santan
4. kacau dan masak hingga naik minyak
5. masukkan ikan serta kacang benda/tomato
6. masukkan lebihan santan
7. kacau dan masak hingga mendidih



Isnin, 11 Mac 2019

Trusted seller lagi...


Personal shopper untuk barang authentic from USA. Aku dicadangkan untuk follow @onikym ig.






Awesome betul seller ni. Harga pun awesome sangat. Untuk view product details follow ig @onikym.readystocks.





Whatsapp item mana yang dikehendaki dan anda akan dilayan sebaiknya.  Ada juga item untuk pre-order. Wahhh boleh la bergaya di hari raya.

Lagi 1 tips bagi pengguna online seperti shopee, Lazada, sephora, booking.com, traveloka, hotel.com dan sebagainya. Anda haruslah install apps ni



Sign up shopback. Cthnya kalo hendak beli barang di shopee. So login shopback, then cari store shopee dan click shopee. Then anda akan di bawa terus ke apps shopee. Almost 6% to 11% cashback akan masuk dalam akaun shopee. Sebagai cth total shopping RM600, 6% daripada RM600 = RM36 akan masuk ke dalam akaun shopback. Ada terma dan syarat untuk anda withdraw cashback tersebut. Setelah mencapai semua terma dan syarat anda boleh withdraw.

Ok setakat ni dulu. See you soon!

Ahad, 10 Mac 2019

Resepi ayam masak merah versi mak piah gerenti sedap


Bahan bahan:
Ayam
Kicap lemak manis
Gula Garam secukup rasa
Susu sejat
Bawang besar mayang - hiasan

Bahan Kisar:
5 batang serai
10 tangkai cili kering
Sedikit halia 
3 biji bawang besar kuning
1 labu bawang putih

Bahan untuk tumis:
Bawang
Halia 
Bunga cengkih
Bunga lawang
Kayu manis

Cara cara:
Panaskan minyak 
Masukkan bahan tumis. Tumis hingga naik bau
Masukkan bahan kisar
Kemudian masukkan ayam dan kacau hingga rata.
Masukkan kicap, gula dan sedikit susu sejat
Biarkan masak sehingga ayam lembut dan pecah minyak
Masukkan garam secukupnya
Jika suka, masukkan serai yang diketuk dan masukkan sekali bawang besar hiris sebagai hiasan. 
Bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan.




Sabtu, 9 Mac 2019

Resepi Daging Masak Hitam cepat dan sedapp

Daging Masak Hitam


Bahan bahan:
1 kg daging
1/2 botol kecil kicap pekat
Gula pasir/gula Melaka
Bawang besar mayang - hiasan

Bahan Kisar:
10 batang serai
10 tangkai cili kering
Sedikit halia 
3 biji bawang besar kuning
1 labu bawang putih

Bahan untuk tumis:
Bawang
Halia 
Bunga cengkih
Bunga lawang
Kayu manis

Cara cara:
Panaskan minyak 
Masukkan bahan tumis. Tumis hingga naik bau
Masukkan bahan kisar
Kemudian masukkan daging dan kacau hingga rata.
Biarkan masak sehingga daging lembut dan pecah minyak.
Masukkan kicap
Masukkan gula serta garam secukupnya
Jika suka, masukkan sekali bawang besar hiris sebagai hiasan. 
Bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan.



Jumaat, 8 Mac 2019

Panduan sukatan kepada cawan


Sukatan cawan

Resepi karipap

Jom hari ni kita buat karipap sendiri..anak-anak memamg suka makan karipap..Kali ni kita buat karipap rangup.. Biasanya buat karipap pakai air biasa ja tapi bila guna ais (air peti sejuk)..rasa kerangupan dia memang berbeza...



Bahan-bahan untuk pastry karipap - anggaran utk 20-30 biji
2  cawan Tepung gandum
1/4  cawan butter (dicairkan)
Secubit garam
1/2 cawan Air sejuk ais

Cara buat pastry:
1. Masukkan tepung dan garam ke dlm bekas. Buat bulatan di tengah
2. Masukkan butter yang telah dicairkan di dlm bekas tepung td
3. Gaul hingga sekata.
4. Masukkan air ais sedikit demi sedikit. Gaul sehingga tidak melekat
5. Biarkan seketika.


Bahan-Bahan Inti Karipap Kentang 
5-7 biji kentang+keledek sederhana besar ( dipotong dadu )
1 biji bawang besar ( potong dadu )
3 ulas bawang merah ( dikisar )
2 ulas bawang putih  ( dikisar )
3 sudu besar serbuk kari
200g daging (dipotong halus)
2 tangkai daun sup ( kalau suka boleh letak )
Garam secukupnya
Gula jika perlu
2 cawang air
Minyak masak untuk menumis

Cara Masak Inti Karipap Kentang
1. Panaskan minyak dalam kuali.Kemudian masukkan separuh bawang besar yang sudah 
    dipotong dadu tadi.Yang separuh lagi, masukkan bila kentang sudah empuk nanti.
2. Bila sudah naik bau, masukkan bahan kisar tadi.Kacau perlahan sehingga naik bau,     
    masukkan pula serbuk kari. Diikuti masukkan gula dan garam.
3. Masukkan pula kentang+keledek yang sudah dipotong dadu tadi. Toskan airnya terlebih 
   dahulu. Masukkan dua cawan air supaya kentang cepat empuk.
4. Tutup kuali dengan tudung periuk atau penutup pengukus supaya wap air dapat    
     melembutkan kentang kita dengan lebih cepat.
5. Biarkan sehingga kentang empuk dan airnya juga sudah kering dan masukkan separuh
     lagi bawang besar yang dipotong dadu tadi bersama daun sup yang dihiris.
6. Angkat inti kentang dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai supaya cepat sejuk dan   
    boleh di buat inti karipap.










Khamis, 7 Mac 2019

Personal shopper


Hi semua...

Sekarang zaman teknologi. Zaman online shopping. Banyak sangat business yang run through online sekarang. Senang kan tak payah nak drive dalam jammed. Pastu bayar tol/parking lagi. Penat tau piker semua tu. Sekarang senang view je kat ig/fb, berminat je click je. Pastu sedar2 duit dalam bank dah tinggal berapa je. Kekadang sanggup buat apa saja sebab nak gak gatal online shopping. 


Kat sini nanti aku share trusted personal shopper/website. Certain orang takut nak online shopping ni, takut rugi takut kena tipu. Mostly aku suka shopping melalui ig..bercambah kau..kau taip je barang apa kau nak. Segala maknika (Bahasa kedah ni hahaha = jenis) kedai laa, personal shopper laa.

Aku start online shopping dengan shopping shawl. Kat www.shawlbyvsnow.com. Bila dh seronok online shopping akum akin start kenal macam-macam website and blog. Macam-macam page jual barang dekat Facebook. Then wujud pulak Instagram. Nahhhh, online seller dekat Instagram lagi laaa gila punya penangannya! Haha. Sekarang aku dah guna shawlbyvsnow, jatuh cinta kat ariani pulak. Bila dah start jatuh cinta kat Instagram. Aku beli ariani thru ig @psarianivogue. Service tip top yang penting dia trusted personal shopper.

Bukan setakat barang aku je beli online. Barang anak-anak pun beli online. Akibat kekangan masa, beli online banyak membantu. Seolah-olah kita beli masa untuk Bersama keluarga. Kalo botol avent aku beli kat ig @aventstoremy ..murah dan cepat sampai. Dan 1 lagi memang trusted seller.

Pastu aku dah start kenal website baju plussize. Baju misclaire memang terbaik untuk plus size. Confirm ada size untuk bergaya. Haha! Just pegi je layari kat www.misclaire.com . register kejap jadi member. Bagus jadi member misclaire. Point boleh ditebus jadi voucher. So berbaloi la jadi member misclaire.

Then kalau nak shopping barang branded, boleh je pegi ushar kat ig @selection.byrafidah ..pelbagai jenis handbag wristlet etc. jenama Coach, MK, Longchamp macam-macam lagi la…yang penting trusted seller pastu yang penting authentic tau. Memang confirm tak kena tipu. Boleh buat partial payment lagi. Haa mana nak dapat gitewww.


Sekian entry panjang berjela kali ni. Nak bagitau yang personal shopper aku pernah guna ni InsyaAllah yang boleh percaya punya. Just bayar harga item + postage ja. Still la berbaloi uolls! Actually ada banyak lagi trusted seller yang aku nak share. Simpan sikit untuk entry yang akan dating..


Bye! :)