Jumaat, 8 Mac 2019

Resepi karipap

Jom hari ni kita buat karipap sendiri..anak-anak memamg suka makan karipap..Kali ni kita buat karipap rangup.. Biasanya buat karipap pakai air biasa ja tapi bila guna ais (air peti sejuk)..rasa kerangupan dia memang berbeza...



Bahan-bahan untuk pastry karipap - anggaran utk 20-30 biji
2  cawan Tepung gandum
1/4  cawan butter (dicairkan)
Secubit garam
1/2 cawan Air sejuk ais

Cara buat pastry:
1. Masukkan tepung dan garam ke dlm bekas. Buat bulatan di tengah
2. Masukkan butter yang telah dicairkan di dlm bekas tepung td
3. Gaul hingga sekata.
4. Masukkan air ais sedikit demi sedikit. Gaul sehingga tidak melekat
5. Biarkan seketika.


Bahan-Bahan Inti Karipap Kentang 
5-7 biji kentang+keledek sederhana besar ( dipotong dadu )
1 biji bawang besar ( potong dadu )
3 ulas bawang merah ( dikisar )
2 ulas bawang putih  ( dikisar )
3 sudu besar serbuk kari
200g daging (dipotong halus)
2 tangkai daun sup ( kalau suka boleh letak )
Garam secukupnya
Gula jika perlu
2 cawang air
Minyak masak untuk menumis

Cara Masak Inti Karipap Kentang
1. Panaskan minyak dalam kuali.Kemudian masukkan separuh bawang besar yang sudah 
    dipotong dadu tadi.Yang separuh lagi, masukkan bila kentang sudah empuk nanti.
2. Bila sudah naik bau, masukkan bahan kisar tadi.Kacau perlahan sehingga naik bau,     
    masukkan pula serbuk kari. Diikuti masukkan gula dan garam.
3. Masukkan pula kentang+keledek yang sudah dipotong dadu tadi. Toskan airnya terlebih 
   dahulu. Masukkan dua cawan air supaya kentang cepat empuk.
4. Tutup kuali dengan tudung periuk atau penutup pengukus supaya wap air dapat    
     melembutkan kentang kita dengan lebih cepat.
5. Biarkan sehingga kentang empuk dan airnya juga sudah kering dan masukkan separuh
     lagi bawang besar yang dipotong dadu tadi bersama daun sup yang dihiris.
6. Angkat inti kentang dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai supaya cepat sejuk dan   
    boleh di buat inti karipap.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan