Khamis, 18 Mac 2021

Resepi Kek Carrot

 

Resepi Kek Carrot


Bahan-bahan Kek

1 cawan gula perang 

1 cawan minyak jagung 

3 biji telur - gred A

secubit garam 

1/2 sudu teh soda bikarbonat 

2 cawan tepung naik sendiri (teung blue key)

2 cawan carrot (disagat)

1/2 cawan walnut (diracik)

1/2 sudu teh serbuk kayu manis  

 

Bahan-bahan Topping

1/2 cawan cream cheese (sejukkan dahulu pada suhu bilik)

1/2 cawan unsalted butter – saya guna brand anchor

1/2 sudu teh esen vanilla

1 cawan gula ising 

 

 

A.  Cara buat kek :


1. Panaskan oven pada suhu 180'c.

2. Pukul gula dan minyak sehingga gula larut,

3. Masukkan telur satu persatu ke dalam gula tadi. Pukul hingga kembang.

4. Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat, garam, serbuk kayu manis. Kacau

    sehingga sebati.

5. Masukkan carrot dan walnut. Kacau hingga sebati. 

6. Tuang adunan kedalam loyang dan bakar sehingga 40minit

 

 

B.   Cara buat Topping

1.   Masukkan cream cheese, mentega dan esen vanilla ke dalam bekas. Pukul rata.


2.   Masukkan pula gula pukul hingga gebu dan pekat.


3.   Setelah kek siap dan sejuk. Hias di atas kek













Tiada ulasan:

Catat Ulasan