Rabu, 13 Mac 2019

Bagaimana hendak redeem TM Rewards untuk membayar Unifi Bil


Hari ni saya ingin berkongsi cara-cara menebus TM Rewards untuk membayar Unifi bil. Setiap 500 points bersamaan RM5.. Mungkin ada juga rakan-rakan yang masih belum tahu atau perasan tentang TM Rewards ini.

Login ke https://unifi.com.my/personal

klik butang Login

klik register jika masih belum berdaftar


klik Redeem Now


Klik Not a member? Sign up jika masih belum berdaftar

Klik Use my rewards points


klik di radio button di atas. bagi contoh di atas. points adalah mencukupi. 500 points bersamaan RM5. jadi cuba lagi di bulan hadapan. kalau tak redeem rugi...



Resepi Kari Ikan


Bahan-bahan:
Ikan
Bawang merah dan putih dimayang
daun kari
rempah kari ikan (1 peket kecil)
1 sudu besar serbuk kunyit
bawang merah dan putih di potong dadu
santan
air asam jawa
asam keping
garam secukup rasa
kacang bendi/tomato untuk rampai

Cara-cara:
1. masukkan rempah kari dan serbuk kunyit didalam bekas
    masukkan air asam jawa
    bawang yang telah dipotong dadu
    gaul hingga mesra
2. tumis bawang dan masukkan daun kari. tumis hingga wangi
3. masukkan rempah yang digaul tadi dan masukkan sedikit pati santan
4. kacau dan masak hingga naik minyak
5. masukkan ikan serta kacang benda/tomato
6. masukkan lebihan santan
7. kacau dan masak hingga mendidih



Isnin, 11 Mac 2019

Trusted seller lagi...


Personal shopper untuk barang authentic from USA. Aku dicadangkan untuk follow @onikym ig.






Awesome betul seller ni. Harga pun awesome sangat. Untuk view product details follow ig @onikym.readystocks.





Whatsapp item mana yang dikehendaki dan anda akan dilayan sebaiknya.  Ada juga item untuk pre-order. Wahhh boleh la bergaya di hari raya.

Lagi 1 tips bagi pengguna online seperti shopee, Lazada, sephora, booking.com, traveloka, hotel.com dan sebagainya. Anda haruslah install apps ni



Sign up shopback. Cthnya kalo hendak beli barang di shopee. So login shopback, then cari store shopee dan click shopee. Then anda akan di bawa terus ke apps shopee. Almost 6% to 11% cashback akan masuk dalam akaun shopee. Sebagai cth total shopping RM600, 6% daripada RM600 = RM36 akan masuk ke dalam akaun shopback. Ada terma dan syarat untuk anda withdraw cashback tersebut. Setelah mencapai semua terma dan syarat anda boleh withdraw.

Ok setakat ni dulu. See you soon!

Ahad, 10 Mac 2019

Resepi ayam masak merah versi mak piah gerenti sedap


Bahan bahan:
Ayam
Kicap lemak manis
Gula Garam secukup rasa
Susu sejat
Bawang besar mayang - hiasan

Bahan Kisar:
5 batang serai
10 tangkai cili kering
Sedikit halia 
3 biji bawang besar kuning
1 labu bawang putih

Bahan untuk tumis:
Bawang
Halia 
Bunga cengkih
Bunga lawang
Kayu manis

Cara cara:
Panaskan minyak 
Masukkan bahan tumis. Tumis hingga naik bau
Masukkan bahan kisar
Kemudian masukkan ayam dan kacau hingga rata.
Masukkan kicap, gula dan sedikit susu sejat
Biarkan masak sehingga ayam lembut dan pecah minyak
Masukkan garam secukupnya
Jika suka, masukkan serai yang diketuk dan masukkan sekali bawang besar hiris sebagai hiasan. 
Bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan.




Sabtu, 9 Mac 2019

Resepi Daging Masak Hitam cepat dan sedapp

Daging Masak Hitam


Bahan bahan:
1 kg daging
1/2 botol kecil kicap pekat
Gula pasir/gula Melaka
Bawang besar mayang - hiasan

Bahan Kisar:
10 batang serai
10 tangkai cili kering
Sedikit halia 
3 biji bawang besar kuning
1 labu bawang putih

Bahan untuk tumis:
Bawang
Halia 
Bunga cengkih
Bunga lawang
Kayu manis

Cara cara:
Panaskan minyak 
Masukkan bahan tumis. Tumis hingga naik bau
Masukkan bahan kisar
Kemudian masukkan daging dan kacau hingga rata.
Biarkan masak sehingga daging lembut dan pecah minyak.
Masukkan kicap
Masukkan gula serta garam secukupnya
Jika suka, masukkan sekali bawang besar hiris sebagai hiasan. 
Bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan.



Jumaat, 8 Mac 2019

Panduan sukatan kepada cawan


Sukatan cawan

Resepi karipap

Jom hari ni kita buat karipap sendiri..anak-anak memamg suka makan karipap..Kali ni kita buat karipap rangup.. Biasanya buat karipap pakai air biasa ja tapi bila guna ais (air peti sejuk)..rasa kerangupan dia memang berbeza...



Bahan-bahan untuk pastry karipap - anggaran utk 20-30 biji
2  cawan Tepung gandum
1/4  cawan butter (dicairkan)
Secubit garam
1/2 cawan Air sejuk ais

Cara buat pastry:
1. Masukkan tepung dan garam ke dlm bekas. Buat bulatan di tengah
2. Masukkan butter yang telah dicairkan di dlm bekas tepung td
3. Gaul hingga sekata.
4. Masukkan air ais sedikit demi sedikit. Gaul sehingga tidak melekat
5. Biarkan seketika.


Bahan-Bahan Inti Karipap Kentang 
5-7 biji kentang+keledek sederhana besar ( dipotong dadu )
1 biji bawang besar ( potong dadu )
3 ulas bawang merah ( dikisar )
2 ulas bawang putih  ( dikisar )
3 sudu besar serbuk kari
200g daging (dipotong halus)
2 tangkai daun sup ( kalau suka boleh letak )
Garam secukupnya
Gula jika perlu
2 cawang air
Minyak masak untuk menumis

Cara Masak Inti Karipap Kentang
1. Panaskan minyak dalam kuali.Kemudian masukkan separuh bawang besar yang sudah 
    dipotong dadu tadi.Yang separuh lagi, masukkan bila kentang sudah empuk nanti.
2. Bila sudah naik bau, masukkan bahan kisar tadi.Kacau perlahan sehingga naik bau,     
    masukkan pula serbuk kari. Diikuti masukkan gula dan garam.
3. Masukkan pula kentang+keledek yang sudah dipotong dadu tadi. Toskan airnya terlebih 
   dahulu. Masukkan dua cawan air supaya kentang cepat empuk.
4. Tutup kuali dengan tudung periuk atau penutup pengukus supaya wap air dapat    
     melembutkan kentang kita dengan lebih cepat.
5. Biarkan sehingga kentang empuk dan airnya juga sudah kering dan masukkan separuh
     lagi bawang besar yang dipotong dadu tadi bersama daun sup yang dihiris.
6. Angkat inti kentang dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai supaya cepat sejuk dan   
    boleh di buat inti karipap.